More

    Inilah rupa Samsung Galaxy S21 Plus dalam pilihan warna kelabu berkilauan yang baru

    Sementara menanti pelancaran siri Samsung Galaxy S21 baharu yang mungkin dijadualkan sekitar Januari 2021, terdapat beberapa berita mengenai spesifikasi peranti tersebut. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan rekaan Samsung Galaxy S21+ dengan lebih dekat dalam pilihan warna kelabu yang berkilauan.

    Terdahulu, kami telah melaporkan beberapa pilihan warna seperti hitam, biru, kelabu, ungu dan merah. Kini, anda boleh melihat warna kelabu dengan lebih dekat. Kami tidak dapat mengagak jika ianya adalah bertekstur pusam atau kaca, tetapi jelas sekali ia mempunyai warna yang berkilau.

    Warna baharu ini agak menarik kerana ia terlihat lebih premium. Lebih menarik, anda boleh melihat skrin yang dijangka berukuran 6.8 inci 120Hz ini hadir dengan bezel yang lebih nipis pada semua bahagian. Sepintas lalu, peranti ini dilapor bakal dijana cipset Exynos 2100 dan Snapdragon 888 5G.

    APakah pandangan anda terhadap pilihan warna ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...