More

    Qualcomm mungkin bekerjasama dengan HONOR, adakah akan dilengkapi Snapdragon 888?

    Melalui pelancaran cipset andalan (flagship) terbaru dari Qualcomm semalam, Presiden Qualcomm Cristiano Amon telah memberi maklum balas mengenai kerjasama di antara syarikat Qualcomm dengan HONOR dan HUAWEI.

    Melalui maklum balasnya, beliau akui bahawa pihak Qualcomm berdialog dengan HONOR untuk kolaborasi di masa hadapan. Qualcomm juga mengalu-alukan kedatangan HONOR sebagai ahli baharu dalam industri. Setelah berpisah dengan HUAWEI, ia dilihat mempunyai potensi terhadap pengguna. Qualcomm berharap agar HONOR dapat membawa produk yang baik untuk pasaran.

    Mengenai HUAWEI pula, Qualcomm telah memohon lesen melalui AS, namun hanya dibenarkan untuk membekalkan produk 4G sahaja. Tambaha beliau, pihak Qualcomm tentunya berharap agar dapat kembali berurusan di atas produk 5G, namun masih tidak mendapat kelulusan.

    Jika Qualcomm berkolaborasi dengan HONOR, yang pastinya kita mungkin boleh menjangkakan peranti HONOR dengan cipset kelas pertengahan Qualcomm yang baharu.

    Apakah pandangan anda pula? Adakah peranti HONOR bakal menggunakan cipset terbaru Snapdragon 888 atau sekadar cip bertahap kelas pertengahan sahaja? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai peranti pertama yang bakal menggunakan cipset Snapdragon 888 5G!

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured