More

    Samsung dedah jadual kemas kini One UI 3.0, Android 11 untuk lebih 40 model telefonnya

    Menurut sumber, Samsung kini telah mengeluarkan jadual garis masa dan senarai peranti yang menyokong kemas kini One UI 3.0 berasaskan Android 11. Melihat kepada senarai, terdapat lebih 40 model peranti Samsung yang menyokong kemas kini ini.

    Memandangkan jadual garis masa untuk One UI 3.0 versi stabil ini disiarkan melalui aplikasi Samsung Members di Mesir, anda perlu menjangkakan masa yang berbeza untuk pengguna di pasaran Malaysia. Setakat ini, hanya Samsung Galaxy S20, Galaxy Note20, Galaxy S10, Galaxy Note10, Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold2 sahaja yang sudah mendapat kemas kini One UI 3.0 versi beta.

    Garis masa versi stabil One UI 3.0/Android 10 adalah seperti di bawah.

    Garis masaModel peranti
    Disember 2020Galaxy S20, Galaxy S20+, Galaxy S20 Ultra
    Januari 2021Galaxy S10, Galaxy S10+, Galaxy S10 Lite, Galaxy Note 10, Galaxy Note 10+, Galaxy Note 20, Galaxy Note 20 Ultra, Galaxy Z Flip, Galaxy Z Fold2
    Februari 2021Galaxy Fold
    Mac 2021Galaxy M21, Galaxy M30s, Galaxy M31, Galaxy A51, Galaxy Note 10 Lite, Galaxy Tab S7
    April 2021Galaxy A50, Galaxy M51
    Mei 2021Galaxy A21s, Galaxy A31, Galaxy A70, Galaxy A71, Galaxy A80, Galaxy Tab S6, Galaxy Tab S6 Lite
    Jun 2021Galaxy A01-Core, Galaxy A01, Galaxy A11, Galaxy M11, Galaxy Tab A
    Julai 2021Galaxy A30, Galaxy Tab S5e
    Ogos 2021Galaxy A10, Galaxy A10s, Galaxy A20, Galaxy A20s, Galaxy A30s, Galaxy Tab A 10.1, Galaxy Tab Active Pro
    September 2021Galaxy Tab A8 (2019)

    Apa pun, kita perlu menunggu senarai rasmi mengenai jadual masa dan peranti yang menyokong One UI 3.0/Android 11 oleh Samsung untuk pengguna di negara Malaysia atau Asia.

    Adakah pernati Samsung anda termasuk dalam senarai ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak senarai lepas mengenai peranti yang akan menerima kemas kini Android 11.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Apple Store kedua Malaysia mungkin di Putrajaya — Ini sebabnya

    Apple dipercayai sedang bersiap sedia untuk membuka kedai rasmi keduanya di Malaysia yang dijangka berlokasi di Putrajaya. Langkah berkenaan dikesan berikutan penawaran...

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured