More

    Kamera telefon Snapdragon 888 5G mampu ambil 120 gambar sesaat dan rakaman 4K HDR

    Qualcomm telah menjelaskan lebih banyak butiran tentang cipset andalan (flagship) terbaru, Snapdragon 888 5G, dalam hari kedua Snapdragon Tech Summit Digital 2020. Antara penambahbaikan yang ketara adalah dalam prestasi fotografinya, dengan kewujudan tiga pemproses signal gambar (ISP) yang baru iaitu Qualcomm Spectra 580 ISP.

    Qualcomm mengatakan Snapdragon 888 mampu menyokong kelajuan pemprosesan sehingga 2.7 gigapiksel sesaat atau lebih kurang 120 gambar sesaat dan merakam tiga video 4K pada masa yang sama. Rakaman 4K juga akan dirakam dengan computational HDR (high dynamic range) untuk penghasilan warna, kontras dan butiran yang lebih baik.

    Qualcomm Spectra 580 ISP akan menampilkan kebolehan penggambaran malap yang lebih jelas. Kehadiran tiga ISP dalam cipset Snapdragon 888 5G akan memudahkan operasi telefon yang mempunyai beberapa lensa padanya. Selain itu, gambar juga boleh diambil dalam format HEIF dengan kedalaman warna (colour depth) 10-bit.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menjadikan telefon dengan Snapdragon 888 sebagai kamera utama dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured