More

    Pelancaran G-SHOCK 6900 sempena ulang tahun ke-25 dengan reka bentuk baharu

    Casio Computer Co., Ltd. meraikan sambutan ulang tahun ke-25 bagi model 6900 dengan beberapa edisi baharu dan pengubahsuaian menjelang tahun 2020.

    Bermula dengan DW-6900-1V yang diperkenalkan pada tahun 1995, G-SHOCK 6900 berkembang menjadi antara model G-SHOCK paling terkenal. Buat pertama kalinya, syarikat itu bakal mengeluarkan model yang paling popular dengan penambahan bezel keluli tahan karat pada siri G-SHOCK GM-6900 menjadikan model ini lebih mantap.

    G-SHOCK GM-6900 ini tampil dengan dua model yang dilengkapi tali jam bewarna hitam dengan pilihan bezel bewarna perak dan emas, manakala tali jam bewarna merah dipasang pada bezel bewarna hitam. Kekemasan pada model kali ini digabungkan dengan cermin berkilat untuk nampak lebih bergaya kepada si pemakai.

    Paparan digital khas monogram yang terdapat pada latar belakang jam tangan ini sempena memperingati ulang tahun yang ke-25. Casio G-SHOCK GM-6900 akan mula dijual pada 12 Februari dengan harga RM915. Untuk maklumat lanjut mengenai rekaan koleksi jam tangan ini, anda boleh mengunjungi  laman utama G-SHOCK di sini.

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan G-SHOCK GM-6900? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini dalam dunia teknologi.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured