More

    Samsung Galaxy S21 dengan Snapdragon 888, RAM 8GB ditemui di Geekbench

    Sementara menunggu pelancaran siri andalan terbaru dari Samsung, siri Samsung Galaxy S21 kini ditemui di platform penanda aras Geekbench. Menurut laporan, peranti yang diuji di Geekbench ini dijana Snapdragon 888 dan memiliki RAM 8GB.

    Melihat kepada penyenaraian di Geekbench, Samsung Galaxy S21 muncul dengan nombor model SM-G991U bersama cipset dengan kod nama “lahaina”. Seperti yang kita sudah sedia maklum, “lahaina” ialah kod nama untuk cipset Snapdragon 888 yang baru dilancar. Peranti ini turut dilengkapi RAM 8GB dan Android 11.

    Lebih banyak gambar dalam berita lepas

    Berdasarkan markah di atas, ia mungkin tidak mencapai prestasi sepenuhnya lagi. Berkemungkinan, Samsung masih berusaha mengoptimumkan perisian peranti ini untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik setaraf dengan kemampuan cipset dan teknologi yang ada pada peranti.

    Sepintas lalu, Samsung Galaxy S21 bakal hadir seawal Januari 2021 ini. Anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi dan gambar rekaannya dengan pilihan warna baharu yang menarik.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured