More

    Panel hadapan Xiaomi Mi 11 tertiris, mungkin dilancarkan pada bulan Disember ini

    Beberapa hari yang lepas, terdapat sumber yang menyatakan bahawa telefon andalan terbaru Xiaomi, Xiaomi Mi 11 sedang menghampiri waktu pelancarannya pada ‘bulan hadapan’. Disebabkan sumber tersebut dimuat naik pada 30 November, ‘bulan hadapan’ yang diberitahu itu mungkin merujuk kepada bulan Disember ini bukannya bulan Januari.

    Terbaru, terdapat sebuah lagi sumber yang menyatakan siri Xiaomi Mi 11 bakal dilancar pada bulan Disember ini. Tambahan lagi, sumber ini juga menunjukkan gambar panel kaca hadapan yang bakal digunakan oleh peranti Xiaomi Mi 11.

    Panel kaca Mi 11

    Panel kaca ini dilihat mempunyai empat sisi lengkung dengan bezel atas dan bawah yang simetrik. Jika sumber ini benar, kita akan dapat lihat reka bentuk Mi 11 yang penuh secara rasmi beberapa minggu lagi.

    Untuk spesifikasi pula, Xiaomi Mi 11 bakal dilengkapi dengan cipset flagship terbaru Qualcomm, Snapdragon 888. Ia juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin QHD+ 120Hz bersama kamera utama 50MP (atau 200MP?).

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti Xiaomi Mi 11 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured