More

    Kilang Sony di Pulau Pinang akan ditutup setelah 36 tahun beroperasi

    Jenama Sony adalah jenama yang terkenal bukan sahaja dalam industri telefon pintar, tetapi juga barangan elektronik lain. Menurut sumber, kilang Sony di Pulau Pinang akan ditutup pada September 2021 sebagai salah satu langkah dalam penstrukturan semula operasinya.

    Menurut Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain, penutupan kilang Sony ini akan mengakibatkan kehilangan pekerjaan kepada 3,400 jumlah pekerja. Seramai 1,800 pekerja adalah warganegara tempatan, manakala 1,600 pekerja selebihnya adalah warga asing.

    Beberapa pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, manakala kerajaan akan membantu mencari pekerjaan baharu untuk pekerja lain yang terkesan. Apa pun, penutupan kilang ini akan dilakukan secara berkala.

    Memandangkan penutupan ini adalah sebuah langkah yang perlu sebagai proses peralihan, Sony bakal menstruktur semula operasinya secara global. Setakat ini, Sony masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.

    Baru-baru ini, Nikon juga bakal menamatkan operasinya di Malaysia pada hujung Disember 2020 ini.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Free Malaysia Today

    Gambar ihsan sumber

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured