More

    Samsung Galaxy M12 lepas pensijilan Bluetooth, bakal dilancar tidak lama lagi

    Samsung dikhabarkan akan melancarkan telefon kelas permulaan terbaru mereka, Galaxy M12 dalam masa yang terdekat. Tidak lama yang lalu, imej janaan komputer (CAD) untuk peranti ini telah muncul di dalam talian. Kini, telefon ini dilihat telah melepasi pensijilan Bluetooth dan ini menandakan kedatangan peranti ke dalam pasaran tidak lama lagi.

    Penyenaraian pensijilan Bluetooth tersebut menunjukkan lima model Galaxy M12 yang berbeza dengan nombor model SM-M127F_DS, SM-M127G_DS, SM-M127F, SM-M127F_DSN dan SM-F127G_DS. Lima model berbeza ini adalah untuk lokasi pasaran yang berbeza.

    Pensijilan ini tidak menunjukkan sebarang spesifikasi lain mengenai Galaxy M12 ini melainkan ciri Bluetooth 5.0. Berdasarkan sumber sebelum ini, peranti ini dikatakan akan dilengkapi bateri 7,000mAh.

    Galaxy M12 ini juga dilihat akan menggunakan skrin dengan takuk titisan air dan 3 (atau 4) kamera pada bahagian belakang. Telefon ini akan hadir dengan port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Adakah anda teruja dengan peranti terbaru dari Samsung ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured