Terbaru, Apple telah menghantar beberapa notifikasi kepada pembekal perkhidmatan di bawah program AppleCare. Mereka diberitahu bahawa beberapa perubahan akan berlaku pada 8 Disember yang akan datang dan ini menandakan kemungkinan untuk mereka melancarkan produk baru, mengubah penerangan produk dan mengubah harga produk.
Sebelum ini, Apple pernah menghantar notifikasi yang sama sebelum pelancaran produk barunya. Contohnya, sebelum pelancaran iPhone 12, Apple akan memberitahu pusat servis dahulu mengenai perubahan yang akan berlaku. Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan produk tersebut, pusat servis perlu tunggu sehingga hari produk itu dilancarkan.
Berdasarkan sumber sebelum ini, Apple mungkin akan melancarkan AirTags untuk mencari barang anda, AirPods Studios iaitu fon telinga saiz penuh ataupun komputer riba MacBook Pro 16 inci.
Adakah anda teruja dengan berita ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizchina







