More

    Tiga peranti lipat Samsung bakal dilancar pada tahun 2021, dilengkapi kamera bawah skrin

    Baru-baru ini, sebuah sumber memberitahu bahawa tiga peranti lipat baru akan dilancarkan oleh Samsung pada tahun hadapan. Samsung kini dilihat lebih fokus pada peranti lipat mereka dan telah berhentikan siri Galaxy Note mereka untuk hal ini. Tiga peranti Samsung ini akan diberi nama Galaxy Z Fold3, Galaxy Z Fold Lite dan Z Flip3.

    Ketiga-tiga peranti lipat ini akan hadir dengan skrin lipat jenis Ultra-Thin Glass (UTG) dan menggunakan teknologi LTPO untuk pengurangan penggunaan tenaga. Galaxy Z Fold3 dikhabarkan akan menjadi peranti yang sangat menarik dengan kamera swafoto dalam skrin. Saiz skrin utama Z Fold3 ini akan menjadi lebih kecil sedikit dari 7.6 inci ke 7 inci dengan skrin luaran 4 inci. Peranti ini juga dikatakan akan menyokong stilus S-Pen.

    Untuk Galaxy Z Fold Lite, ia akan menawarkan konfigurasi skrin yang sama (mungkin tanpa kamera bawah skrin) dan hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah untuk mencapai harga yang lebih murah. Generasi baru Galaxy Z Flip pula dijangka akan datang dengan skrin lipat 6.7 inci dengan skrin luaran yang lebih besar iaitu saiz 3 inci.

    Galaxy Z Fold2

    Adakah anda menantikan peranti lipat baru dari Samsung ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured