More

    Rekaan belakang Xiaomi Mi 11 didedahkan, peranti pertama Snapdragon 888

    Baru-baru ini, Xiaomi telah mengacah tentang kehadiran peranti andalan (flagship) terbaru yang bakal dilancar mungkin pada Disember ini. Spesifikasi peranti Xiaomi Mi 11 ini telah mula tular di internet dan sumber kini telah mendedahkan rekaan panel belakang Mi 11 dan Mi 11 Pro.

    Menurut sumber, gambar di bawah adalah pelindung untuk Xiaomi Mi 11, iaitu peranti pertama yang bakal dijana Snapdragon 888. Ia hadir dengan rekaan modul kamera segi empat sama yang memperlihatkan tetapan tiga kamera utama. Pelindung ini sekaligus menepati gambar Xiaomi Mi 11 yang direka oleh pengulas teknologi berdasarkan khabar angin rekaannya dan gambar poster Xiaomi Mi 11 yang telah dipadam.

    Untuk Xiomi Mi 11
    Untuk Xiaomi Mi 11 Pro

    Modul kamera segi empat sama ini bukanlah benda baharu dalam rekaan telefon pintar. Namun, kita perlu menantikan rekaan keseluruhan dengan butiran yang lebih jelas untuk melihat adakah ianya bakal memuaskan hati peminat. Terdahulu, kami juga telah memaklumkan mengenai rekaan hadapan dengan skrin melengkung.

    Apakah pendaoat anda mengenai rekaan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 11 disini!

    Sumber: 1 | 2 | 3 | 4

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...