More

    MYEG meterai perjanjian bersama Zhifei Biopharmaceutical untuk hasilkan vaksin COVID-19 halal

    MY E.G. Serviced Bhd (MYEG) pada hari ini telah memeteraikan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat bioteknologi dari China, Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical Co. Ltd., untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta hak pengedaran vaksin selama tiga tahun.

    Vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Zhifei kini sudah pun berada dalam ujian Fasa 3 dan ia akan dibawa ke Malaysia dengan pengawasan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Sebaik sahaja ujiannya diluluskan, MYEG akan menjadi pengedar tunggal buat vaksin tersebut.

    Sebelum ini, MYEG telah memainkan peranan dalam menyediakan perkhidmatan digital sewaktu penularan COVID-19, seperti sistem MySafeTravel untuk meneliti kesihatan orang yang memasuki tanah air dari negara-negara luar. MYEG turut menyediakan portal sehenti (one-stop portal) untuk saringan COVID-19 terhadap para pekerja dengan perkongsian data bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured