More

    Kelajuan internet negara masih jauh ketinggalan daripada sasaran 35Mbps pada 2021

    Firma pengkaji telekomunikasi Opensignal telah mengeluarkan sebuah laporan untuk menilai infrastruktur telekomunikasi nasional berikutan perlaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sejak bulan Ogos. Menurut laporan tersebut, rangkaian 4G kini sudah pun tersedia untuk 86% rakyat Malaysia namun ia tidaklah sekata di semua negeri.

    Jurang keberadaan 4G di antara Semenanjung dengan negeri-negeri Borneo masih jelas, di mana enam negeri Semenanjung mempunyai akses 4G yang lebih tinggi daripada purata kebangsaan 86%, manakala Sabah sekadar 80% dan Sarawak 79.6%.

    Purata kelajuan internet di seluruh negara pula adalah 12.7 Mbps, jauh lebih rendah daripada sasaran JENDELA yang ingin meningkatkannya sehingga 35Mbps pada hujung tahun 2021. Kawasan ibu negara juga mempunyai kelajuan internet yang jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan, mencapai 16.5 Mbps untuk Putrajaya dan 16.0 Mbps untuk Kuala Lumpur, manakala negeri-negeri lain mempunyai purata kelajuan yang sangat dekat dengan purata kebangsan.

    Opensignal juga menilai penggunaan internet daripada segi tontonan video, dan kebanyakan negeri memberi pengalaman elok (Good) untuk melayari video kecuali di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mendapat markah sangat bagus (Very Good). Perkara yang sama juga boleh dilihat pada kualiti panggilan audio 4G, dengan purata kebangsaan sekadar memuaskan (Acceptable).

    Untuk kualiti gaming pula, Opensignal mendapati kebanyakan pengguna masih melaporkan hubungan yang teruk (Poor) kecuali di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor yang melaporkan pengalaman sederhana (Fair). Opensignal menyimpulkan bahawa jurang perkhidmatan internet di antara kawasan padat penduduk dengan kawasan luar bandar masih lagi luas dan mengharapkan JENDELA boleh merapatkan jurang ini.

    Anda boleh baca laporan penuh oleh Opensignal di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured