More

    Aplikasi islamik QalbyApp dari Mizz Nina kini boleh dimuat turun di Android dan iOS

    Melalui teknologi, anda juga boleh menjadi pengguna telefon pintar yang mementingkan kandungan islamik. Kebangkitan aplikasi islamik bukanlah benda baharu, namun selebriti dari Malaysia kini dilihat giat berusaha untuk mewujudkan aplikasi sebegini. Aplikasi islamik QalbyApp kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

    Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini diasaskan oleh selebriti Malaysia sendiri, Mizz Nina. Melihat kepada penyenaraiannya dalam Google Play Store, ia masih lagi berada pada tahap beta atau ujian. Anda juga boleh memberi sebarang maklum balas (rujuk siaran di laman Instagramnya). Aplikasi QalbyApp bukan sahaja menyediakan fungsi asas seperti peringatan waktu solat, tetapi juga kata-kata hikmah, jurnal dan bengkel islamik untuk anda sertai.

    Sistem antara mukanya juga dilihat mesra pengguna dan mudah untuk membuat pilihan menu. Untuk memuat turunnya, anda boleh ke pautan yang disediakan di bawah:

    Terdahulu, Neelofa turut dilapor bakal melancarkan aplikasi islamik TheNoor. Apakah pandangan anda mengenai aplikasi ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: QalbyApp

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...