fbpx
More

    Facebook benarkan anda untuk kawal data yang dikongsi dengan pihak ketiga

    Pernahkah anda mendapat iklan di bahagian sisi skrin apabila anda menggunakan Facebook, terutamanya selepas anda telah mencari beberapa produk atau perkhidmatan yang serupa dalam iklan tersebut di laman web lain? Perkara ini berlaku kerana Facebook membenarkan pihak ketiga untuk berkongsi maklumat luar Facebook (off-Facebook activity) dengan media sosial itu untuk tujuan pengiklanan.

    Jika anda rasa menyampah dengan iklan-iklan tersebut, Facebook kini sudah melancarkan sebuah alat untuk menghentikannya. Alat Off-Facebook Activity membenarkan pengguna untuk mengawal data yang dikongsi daripada pihak ketiga kepada Facebook agar pengguna boleh meningkatkan kawalan privasi mereka.

    Alat ini juga dilancarkan sempena Hari Privasi Data pada 28 Januari. Selain alat tersebut, Facebook juga akan mengingatkan pengguna untuk merujuk kembali tetapan privasi mereka dalam minggu-minggu terdekat dan memperkenal amaran (alert) apabila anda menggunakan Facebook Login untuk mendaftar masuk ke dalam mana-mana laman web luar.

    Untuk mengakses alat Off-Facebook Activity, anda boleh pergi ke Settings > Your Facebook Information > Off-Facebook Activity. Jika anda menggunakan Facebook dalam Bahasa Melayu, boleh pergi ke Tetapan > Maklumat Facebook Anda > Aktiviti Luar Facebook.

    TechNave syorkan para pembaca untuk menyemak tetapan privasi mereka di Facebook. Kongsikan tips privasi anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook Blog

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X