More

    Apple umum AirPods Max: Fon kepala wayarles dengan Digital Crown, ANC berharga RM2,399

    Terkini, Apple telah mengumunkan kehadiran fon kepala wayarles terbaru, AirPods Max yang bakal dijual di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat pada harga RM2,399. Untuk pengetahuan anda, fon kepala wayarles ini adalah fon kepala pertama yang menggunakan nama Apple secara terus, berbanding dengan Beats.

    AirPods Max menawarkan beberapa ciri premium untuk sepasang fon kepala wayarles seperti audio fideliti tinggi, pembatalan hingar aktif (ANC), Adaptive EQ, Transparency Mode dan banyak lagi. Lebih menarik, fon kepala ini dilengkapi Digital Crown untuk mengawal beberapa pilihan menu seperti tahap kelantangan bunyi, main/jeda muzik, menjawab panggilan dan mengaktifkan pembantu suara Siri.

    Rekaan AirPods Max kelihatan menarik dengan litupan jenis jejaring kait (breathable knit mesh) bersama cekak kepala tahan karat. AirPods Max menampilkan pemacu dinamik 40mm yang mampu memberi kualiti audio yang tinggi. Setiap belah fon kepala pula dilengkapi cip Apple H1. Ketahanan baterinya dilapor mampu bertahan sehingga 20 jam walaupun dengan ANC dan Spatial Audio diaktifkan.

    AirPods Max hadir bersama bekasnya; Smart Case dan kabel Lightning ke USB-C di dalam kotak. Ia ditawarkan dengan harga RM2,399 dan tampil dengan pilihan warna; Space Gray, Silver, Sky Blue, Green dan Pink. Namun, tarikh mula dijual di pasaran Malaysia akan dimaklumkan kembali dalam waktu yang terdekat. Anda boleh kunjungi laman rasmi Apple Malaysia untuk maklumat lanjut.

    Adakah anda berminat dengan AirPods Max? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    EU KIDS Act diperkenal untuk lindungi kanak-kanak bawah 15 tahun

    Suruhanjaya Eropah telah mengumumkan cadangan rasmi bagi rang undang-undang EU KIDS Act yang bertujuan mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak dalam talian di seluruh Kesatuan...

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured