More

    Apple bina modem selular sendiri, tidak ingin bergantung pada Qualcomm

    Semalam, terdapat sumber yang melaporkan bahawa Apple sedang bina modem selularnya sendiri. Modem selular Apple ini bakal digunakan pada peranti-peranti yang seterusnya, sekaligus menggantikan modem dari Qualcomm yang masih digunakan sehingga kini.

    Menurut sumber, maklumat ini diperoleh dari Naib Presiden Apple Johny Srouji dalam sebuah meseyuarat bersama kakitangan Apple. Srouji menyatakan bahawa pada tahun ini,mereka telah memulakan pembangunan modem selular pertama yang membenarkan peralihan strategi utama.

    Terdahulu, terdapat khabar angin tentang Apple sememangnya merancang untuk membina modem selularnya sendiri dan telah memiliki majoriti perniagaan modem Intel.

    Apa pun, Apple masih berada dalam kontrak perlesenan dengan Qualcomm sehingga untuk beberapa tahun seterusnya. Kontrak ini telah dipersetujui memandangkan iPhone 12 memerlukan modem 5G dan Qualcomm memiliki teknologi cip 5G.

    Pembinaan modem selular ini mungkin bakal mengambil masa yang lama dan Apple kini masih berada dalam perjanjian selama enam tahun dengan Qualcomm.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured