fbpx
More

    Gambar pandangan pertama OnePlus 9 5G telah bocor di dalam talian!

    Sebelum ini, telefon siri OnePlus 9 dikhabarkan akan memasuki pasaran lebih awal dari pertengahan bulan Mac. Telefon siri ini dikatakan akan hadir tiga model dengan model ketiga, OnePlus 9E selain daripada OnePlus 9 dan 9 Pro.

    Terbaru, beberapa gambar pandangan pertama prototaip peranti OnePlus 9 5G telah muncul di dalam talian.

    Pada bahagian belakang, prototaip OnePlus 9 ini dilihat hadir dengan tiga modul kamera dengan dua modul besar dan satu modul kecil bersama satu lampu LED. Untuk versi yang pro pula, ia mungkin akan hadir dengan satu lagi tambahan modul kamera.

    Tangkapan skrin dari peranti ini juga menunjukkan dua spesifikasi kamera 12MP dan 4MP. Ini mungkin merujuk kepada kamera utama 48MP dan kamera ultra lebar 16MP.

    Pada bahagian depan pula, prototaip OnePlus 9 5G ini dilihat mempunyai reka bentuk yang sama seperti peranti generasi lalu, OnePlus 8T.

    Ia hadir dengan skrin AMOLED FullHD+ 6.55 inci, kadar segar semula 120Hz, HDR, 20:9 dengan resolusi 2400 x 1080. Namun, ianya mungkin sedikit berbeza dengan bezel yang lebih nipis.

    Sumber juga turut menyatakan rangka peranti ini adalah besi, mungkin aluminium. Butang dan port termasuklah OnePlus Alert Slider dilihat masih lagi kekal pada prototaip OnePlus 9 ini.

    OnePlus 9 juga dikhabarkan tidak akan mempunyai ciri kalis air IP, berbeza dengan versi Pro siri kali ini.

    Akhir sekali, beberapa tangkapan skrin dari OnePlus 9 5G menunjukkan cipset ‘lahaina’ yang digunakan, merujuk kepada cipset terbaru Qualcomm, Snapdragon 888.

    Peranti ini juga dilihat hadir dengan RAM 8GB dengan storan 128GB bersama antara muka OxygenOS diatas perisian Android 11.

    Namun, perlu diingatkan, peranti ini adalah prototaip sahaja dan spesifikasi akhir peranti ini mungkin berbeza dengan model OnePlus 9 yang sebenar.

    Nantikan berita lanjut mengenai siri peranti OnePlus 9 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X