fbpx
More

    Spesifikasi iPad 10.5 (2021) bocor, cipset A13 Bionic, mungkin lebih murah serendah ~RM1211

    Pada tahun ini, Apple telah melancarkan beberapa model tablet mereka termasuklah iPad 10.2 (2020), iPad Air (2020) dan iPad Pro (2020). Antara kesemua tablet yang dikeluarkan pada tahun ini, iPad 10.2 (2020) adalah yang termurah dengan tanda harga serendah RM1,449.

    Terbaru, sumber menyatakan bahawa iPad 10.2 (2020) ini bakal mendapat penggantinya pada awal tahun hadapan dan ianya akan hadir dengan tanda harga yang lebih murah.

    iPad generasi ke 8 (2020) itu dilengkapi skrin 10.2 inci Retina yang dikuasai oleh cipset Apple A12 Bionic, cipset yang sama digunakan oleh siri iPhone X. Namun, untuk tablet baru ini, ia akan hadir dengan skrin yang lebih besar, 10.5 inci dengan butang home yang menyokong pengesanan cap jari, Touch ID.

    Selain daripada itu, tablet baru Apple ini akan menggunakan cipset A13 Bionic iaitu cipset yang digunakan pada siri telefon iPhone 11. Ia juga dikatakan akan hadir dengan RAM 4GB dan mempunyai reka bentuk yang lebih ringan dan lebih nipis.

    Yang menarik perhatian adalah tanda harganya yang dijangka akan turun dari $329 (~RM1333) ke $299 (~RM1211). Tanda harga yang lebih murah ini mungkin adalah untuk saiz storan terendah, 32GB.

    Adakah anda berminat dengan peranti tablet dari Apple ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13 Pro 5G kini tersedia dalam Warna Olive Green berharga RM1,299

    Xiaomi telah memperkenalkan varian warna baharu Olive Green untuk Redmi Note 13 Pro 5G, menambah kepelbagaian dalam siri Redmi Note 13. Dilancarkan...

    DNB: CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications sedia untuk beralih ke rangkaian dwi...

    Hari ini, Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan bahawa Perjanjian Langganan Saham (SSA) sedia untuk dilengkapkan oleh empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO)...

    SpaceX lancarkan Starlink Mini bersaiz beg galas dengan harga ~RM2,824

    SpaceX secara rasminya telah melancarkan satelit Starlink Mini yang telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk awal minggu ini. Keluaran ini...

    Shopee lancarkan “Same Day Delivery”, pesanan dibuat sebelum jam 2 petang akan dihantar pada...

    Shopee telah melancarkan perkhidmatan Same Day Delivery yang membolehkan pembeli membuat pesanan dan menerima pakej pada hari yang sama. Selagi pembeli membuat...

    Kini anda boleh hadkan Instagram Live kepada “Close Friends” sahaja

    Instagram memperkenalkan ciri baharu yang dipanggil Close Friends on Instagram Live yang membolehkan pengguna mengehadkan penonton siaran langsung mereka kepada kumpulan rakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X