More

    HUAWEI bakal lancar siri nova 8 dengan modul kamera bujur 23 Disember ini

    Pada bulan lalu, HUAWEI telah melancarkan salah satu dari siri nova 8 iaitu nova 8 SE untuk pasaran China. Terbaru, mereka telah mengesahkan pelancaran telefon siri nova 8 yang lain pada 23 Disember ini.

    Berdasarkan poster dari HUAWEI, ia bakal hadir dengan modul kamera yang berbentuk bujur. Dalam pelancaran kali ini, HUAWEI dijangka akan perkenalkan dua model telefon siri nova 8 iaitu HUAWEI nova 8 dan nova 8 Pro.

    Bukan itu sahaja, terdapat sumber baru yang menyatakan HUAWEI juga bakal melancarkan telefon pintar HUAWEI Enjoy 20 SE dan Huawei Watch Fit bersama siri nova 8.

    Peranti siri nova 8 ini dikatakan akan dilengkapi cipset Kirin walaupun HUAWEI sudah tidak lagi menghasilkan cipset tersebut akibat halangan dari kerajaan Amerika Syarikat.

    Modul kamera bujur ini akan hadir dengan lima lubang dengan satu lubang besar untuk kamera utamanya. Empat lubang lagi adalah untuk tiga lensa kamera serta satu lampu kilat LED.

    Modul kamera HONOR V40 dan HUAWEI nova 8

    HUAWEI nova 8 dijangka akan dijual pada tanda harga 3,000 Yuan (~RM1859), manakala versi Pro akan dijual pada harga 4,000 Yuan (~RM2479).

    Sedikit berita kurang menarik, siri nova 8 ini berkemungkinan besar akan dijual di pasaran China sahaja. Namun, teknologi peranti siri ini mungkin akan diperkenalkan pada telefon keluaran global HUAWEI yang lain.

    Adakah anda meminati siri nova ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured