fbpx
More

    Facebook lancarkan aplikasi muzik dan “jamming” bernama Collab

    Divisyen New Product Experimentation (NPE) di Facebook telah mengeluarkan satu aplikasi baru bernama Collab yang membenarkan pengguna untuk main muzik bersama-sama walaupun mereka berada berjauhan. NPE membangunkan aplikasi tersebut sejak bulan Mei dan kini para pengguna boleh mendapatkannya dari Apple App Store.

    Para pengguna boleh merakam klip video 15 saat di mana mereka boleh menyanyi atau bermain alat muzik. Pengguna boleh memulakan susunan muzik yang baru atau menyumbang kepada susunan muzik yang telah dimainkan oleh pengguna lain. Collab juga boleh melaraskan tempo bunyi dan keseragaman video untuk menghasilkan lagu akhir yang menarik.

    Tiga pengguna boleh dimainkan dalam satu video Collab secara serentak, malah NPE mengatakan aplikasi ini boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan bermain muzik. Aplikasi ini menyerupai fungsi Duet dalam TikTok, namun Collab lebih ditujukan kepada penghasilan lagu dan muzik.

    Setakat ini aplikasi tersebut hanya terdapat dalam Apple App Store. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Collab dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook NPE Blog

     

    Artikel Terkini

    Tahu irama lagu tapi tidak tahu tajuknya? Nyanyikan saja dalam YouTube Music untuk cari

    Buat para pengguna platform penstriman muzik YouTube Music, ia akan menyediakan sebuah ciri baharu di mana anda boleh nyanyikan irama lagu kepada...

    Komputer riba vs tablet: Komputer riba pilihan yang terbaik berbanding tablet?

    Di era digital ini, anda mungkin mengalami dilema antara memilih komputer riba atau tablet untuk bekerja. Walaupun kedua-dua peranti menawarkan mudah alih...

    OPPO Malaysia ajak anda meriahkan pembukaan My OPPO Space di Kota Kinabalu, pelbagai promosi...

    OPPO Malaysia akan merasmikan pembukaan kedai 3.0 Pro Design My OPPO Space yang terletak dalam pusat beli-belah Imago Shopping Mall di Kota...

    Apple iOS 18 akan hadir dengan inovasi AI, tampilkan beberapa fungsi menarik

    Masih ada beberapa bulan lagi untuk acara tahunan Apple yang akan melancarkan peranti iPhone generasi seterusnya. Selain itu, iOS 18 seterusnya juga...

    Pengguna iPhone berpotensi cipta emoji dijana AI dan peningkatan penyesuaian aplikasi pada iOS 18

    iOS 18 dikatakan akan memperkenalkan emoji yang dijana AI untuk meningkatkan pengalaman iPhone dengan membenarkan pengguna mencipta emoji tersuai berdasarkan input teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X