More

    Anda berpeluang menangi Proton X50, HUAWEI Mate40 Pro apabila anda beli produk HUAWEI pada bulan ini

    Mulai hari ini sehingga 3 Januari 2021, HUAWEI Malaysia menganjurkan kempen Better Together Christmas Carnival, di mana setiap pembelian produk HUAWEI terpilih layak menyertai cabutan bertuah khas sempena kempen ini. Pemenang berpeluang membawa pulang hadiah berjumlah RM300,000 termasuklah Proton X50, HUAWEI Mate40 Pro, MateBook 14, MatePad T10s, WATCH GT2 Pro dan banyak lagi.

    Peserta perlu membeli barang di HUAWEI Brand Store, HUAWEI Operator Store atau laman web HUAWEI Malaysia, kemudian anda boleh isikan borang dalam laman web HUAWEI Better Together.

    Satu lagi cabutan bertuah akan dilaksanakan di media sosial dan hadiah untuk cabutan bertuah ini ialah HUAWEI Mate40 Pro dan Proton X70. Peserta perlu membeli sebarang produk HUAWEI dari kedai-kedai HUAWEI yang layak atau membeli kereta PROTON Persona, Iriz, Exora atau Saga dari mana-mana pengedar Proton sah.

    Peserta kemudian perlu memuat naik gambar dalam media sosial dengan tanda kata #PROTONHUAWEIBETOGETHER2020 #HUAWEIMate40Pro #HiPROTON serta lengkapkan slogan “I like Proton Cars because…” atau “I Like the HUAWEI Mate40 Pro because…” dalam ruangan kapsyen. Selepas itu, peserta perlu melengkapkan butiran dalam laman web Proton HUAWEI Better Together.

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli produk HUAWEI dalam masa terdekat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured