More

    Siri Samsung Galaxy S21 sah hadir pada Januari 2021, lebih fokus pada kamera dan video

    Terkini, Samsung telah mengesahkan bahawa siri Samsug Galaxy S21 bakal dilancar dalam waktu terdekat, tahun 2021. Samsung turut memuat naik siaran blog di Samsung Newsroom yang mengesahkan beberapa perkara termasuklah mengenai pembaharuan ciri pada peranti Samsung tahun 2021.

    Siaran video acahan Galaxy S21 telah dilihat melalui laman Twitter Samsung Indonesia. Dengan paparan menyatakan sesuatu yang epik bakal hadir, bersama tanda pagar #TheNextGalaxy dan pautan pendaftaran untuk acara tersebut, sememangnya ia bakal hadir dalam waktu terdekat.

    Melalui siaran blog oleh Presiden dan Ketua Perniagaan & Komunikasi Mudah Alih Samsung Dr. TM Roh, beliau dilihat lebih banyak menyatakan tentang pengoptimuman ciri video dan kamera pada peranti Samsung tahun 2021. Memandangkan beliau hanya fokus kepada perkembangan peranti pada 2021, ini bermakna peranti barunya bakal dilancar bermula pada 2021 (Galaxy S21 pada Januari 2021 seperti yang dikhabarkan).

    Anda boleh membaca siaran blog penuhnya di pautan ini. Samsung pasti bakal mengumumkan tarikh pelancaran rasmi siri Samsung Galaxy S21 pada siaran akan datang.

    Sepintas lalu, siri Samsung Galaxy S21 telah diperlihatkan rekaannya dan beberapa spesifikasi jangkaannya. Ia bakal hadir dengan Snapdragon 888/Exynos 2100 (mengikut pasaran negara), kamera 108MP dan keupayaan zum periskop 10x.

    Apakah pandangan anda mengenai siri Samsung Galaxy S21? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured