More

    Gambar sebenar HUAWEI nova 8 didedahkan! Rekaan kamera bujur, skrin AMOLED

    Setelah HUAWEI nova 8 SE dilancar, beberapa model HUAWEI nova 8 lain pula akan menyusul. Siri HUAWEI nova 8 yang lain telah disahkan bakal dilancar pada 23 Disember 2020. Terkini, terdapat beberapa gambar yang mendedahkan rekaan HUAWEI nova 8 yang sebenar.

    Sumber melalui laman carian Weibo telah mendedahkan beberapa gambar. Siri baharu HUAWEI nova 8 bakal dilengkapi skrin melengkung AMOLED FHD+ 6.57 inci dan skrin hadapan dengan rekaan skrin berlubang.

    Lebih menarik, anda boleh melihat sendiri rekaan panel belakangnya yang unik. Keunikannya ada pada rekaan modul kamera utama yang berbentuk bujur, dihuni oleh empat kamera.

    Menurut sumber yang lepas, siri HUAWEI nova 8 yang terdiri daripada HUAWEI nova 8 dan HUAWEI nova 8 Pro bakal dilengkapi Kirin 985. Perbezaan di antara kedua-duanya adalah dari segi kamera swafoto dimana HUAWEI nova 8 Pro memiliki dua kamera hadapan dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

    Apakah pandangan anda mengenai rekaan peranti baharu dari HUAWEI ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IT Home

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured