More

    Rupa Samsung Galaxy A72 tertiris, mungkin dijual pada harga ~RM2,424

    Sebelum ini terdapat khabar mengatakan bahawa Samsung Galaxy A72 bakal menjadi telefon Samsung yang pertama dengan lima kamera. Kini maklumat terbaru tentang telefon pengganti kepada A71 itu adalah rupanya yang telah tertiris serta harganya yang bermula US$599 (~RM2,424).

    Galaxy A72 mungkin akan dilengkapi skrin 6.7 inci dengan empat kamera termasuk kamera utama 64MP. Rangkanya mungkin akan dibuat daripada aluminium manakala badannya pula dibuat daripada plastik bernama “Glasstic”. Seperti kebanyakan telefon kelas pertengahan, ia masih mempunyai bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari di dalam skrin.

    Galaxy A72 dikatakan akan dilancar pada awal 2021, namun perlu diingat bahawa ini bukanlah maklumat rasmi daripada Samsung. Kongsi pendapat anda tentang rupa Galaxy A72 ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: VOICE

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured