TM Group menasihati para pelanggan agar berwaspada dengan taktik baru daripada scammer yang menyamar sebagai pihak TM. Scam ini melibatkan sebuah emel dan mesej SMS yang kononnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM yang menyatakan penerima mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan TM.
TM menasihati pengguna untuk hubungi unifi atau saluran rasmi TM jika terdapat sebarang keraguan melibatkan mesej yang kononnya datang daripada TM. Secara umumnya, jika anda mendapat sebarang mesej atau emel yang meminta butiran peribadi seperti nombor IC dan alamat, besar kemungkinan ia adalah satu scam.
Dalam laman web ini, TM telah menyenaraikan senarai scam yang menyamar sebagai syarikat tersebut. Kami berharap agar para pembaca akan terus berwaspada dengan taktik scammer yang semakin licik pada waktu ini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







