More

    realme C15 model 3GB+64GB hadir di Malaysia 22 Disember ini, harga lebih murah RM469

    Sebelum ini, realme telah melancarkan realme C15 di pasaran Malaysia. realme C15 terdahulu hanya memiliki varian 4GB+64GB dan 4GB+128GB yang bermula pada harga RM599. realme kini mengumumkan kehadiran realme C15 varian 3GB+64GB yang boleh mula dibeli pada 22 Disember 2020 pada harga RM469 sahaja.

    Kemunculan realme C15 varian baharu dengan harga lebih murah ini seiring dengan jualan pertama untuk realme Smart TV yang baru sahaja dilancar di pasaran Malaysia. realme Smart TV boleh didapati dengan potongan harga sehingga RM200 pada 22 Disember ini sempena Shopee Super Brand Day. Sama juga seperti realme C15 3GB+64GB, ia bakal dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal RM469 RM549.

    Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut realme C15 di pautan ini. Pautan pembelian produk yang dinyatakan adalah pada pautan di bawah:

    Sementara itu, terdapat juga jualan realme secara luar talian bermula pada 19 Disember hingga 24 Disember. Pembelian realme C15, realme 7, realme 7 Pro dan beberapa peranti lain akan melayakkan anda mendapat hadiah percuma seperti barangan eksklusif realmeow. Pada 25 Disember pula, anda boleh mula membeli realme 7 5G secara luar talian dan layak mendapat barangan eksklusif realmeow juga.

    Adakah anda berminat dengan realme C15 yang lebih murah? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured