More

    YouTuber ini siarkan video ulasan Samsung Galaxy S21 Plus tidak rasmi sebelum pelancaran

    Terkini, satu saluran YouTube telah memuat naik video yang mengulas lanjut tentang spesifikasi dan reka bentuk Samsung Galaxy S21+. Samsung Galaxy S21+ ialah salah satu daripada siri peranti andalan baharu yang dijangka hadir pada 14 Januari 2021.

    Setelah diteliti, beberapa sumber spekulasi mengenai siri Samsung Galaxy S21 sebelum ini juga adalah daripada akaun YouTube ini. Akaun yang memiliki 300,000 pengikut atau subscriber ini menunjukkan rekaan Samsung Galaxy S21+, sekaligus mengesahkan jangkaan mengenai skrin hampir tanpa bezel dan rekaan panel belakang.

    Menurut video, Samsung Galaxy S21+ memiliki tetapan kamera 64MP + 12MP + 12MP dengan zum optikal 3x. Turut dinyatakan adalah RAM 8GB, Android 11, Snapdragon 888 dan storan 128GB/256GB. Namun, video turut menyatakan bahawa perisian masih lagi tidak dioptimumkan sepenuhnya.

    Kami tidak dapat mengetahui jika ia adalah Samsung Galaxy S21+ yang sebenar. YouTuber ini berpendapat Galaxy S21+ akan menjadi telefon terbaik untuk tahun 2021. Apakah pendapat anda pula? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

    Gambar dari WinFuture.de

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured