More

    Siri iPhone 12 kini telefon 5G terlaris dalam dunia

    Sejak pelancarannya pada Oktober lalu, siri iPhone 12 kini merupakan telefon 5G yang terlaris dalam dunia, menurut laporan firma perniagaan Counterpoint Research. Laporan tersebut menunjukkan jualan sepuluh telefon 5G terlaris di dunia dan menunjukkan bahawa iPhone 12 dan iPhone 12 Pro merupakan dua telefon yang tertinggi dalam senarai tersebut.

    Kedua-dua telefon merekodkan jualan sebanyak 24% atau hampir suku daripada semua jualan telefon 5G. iPhone 12 berjaya mendapat jualan tersebut walaupun dilancar lebih lambat daripada pesaingnya seperti Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G dan HUAWEI P40 5G.

    Counterpoint melaporkan jualan iPhone 12 yang kukuh ini boleh disumbangkan daripada pelbagai faktor, termasuk permintaan tinggi di kalangan pengguna iOS untuk menaik taraf kepada peranti 5G serta promosi menarik daripada syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat (AS). Jualan di AS menyumbang hampir satu pertiga daripada jualan iPhone 12 di seluruh dunia.

    iPhone 12 juga dijual dalam pasaran yang luas, iaitu dalam lebih 140 negara serta mendapat sambutan yang tinggi di China dan Jepun. Counterpoint meramalkan permintaan untuk iPhone 12 akan kekal tinggi sehingga awal 2021.

    Adakah anda merupakan salah satu pemilik iPhone 12? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Counterpoint Research

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured