More

    Apple tidak mahu beli kereta syarikat lain seperti Tesla, ingin keluarkan kereta sendiri 2024 ini

    Anda mungkin sudah tahu mengenai ura-ura mengenai rancangan Apple untuk merealisasikan pengeluaran kereta jenamanya sendiri. Sumber kini melaporkan rancangan Apple untuk menghasilkan kereta pada tahun 2024 dengan teknologi bateri sendiri.

    Dilaporkan, Apple menyasarkan pengeluaran kereta pandu sendiri pada tahun 2024 bersama teknologi bateri yang tersendiri. Bateri kereta ini bakal menggunakan monosel unik dan memberi julat jarak yang lebih panjang untuk perjalanan kereta.

    Perkara ini tidak lagi mengejutkan kerana Apple telah dilapor sedang menguji prototaip kereta ini.

    Di sisi yang lain, Elon Musk menyatakan bahawa ketika Tesla dalam keadaan terdesak, beliau pernah menghubungi CEO Apple Tim Cook untuk membincangkan kemungkinan Apple membeli Teslaa, namun Apple menolak untuk meneruskan agenda ini.

    Kelihatannya, Apple sememangnya masih giat meneruskan projek keretanya sendiri walaupun ura-ura ini sudah timbul di internet sejak beberapa tahun yang lalu.

    Kongsikan pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

    Gambar dari Macrumors

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured