More

    Xiaomi perkenal pencungkil telinga: Visual HD seperti endoskop, harga pengenalan ~RM123

    Jika melalukan kerja-kerja pembersihan telinga, anda pasti lebih puas jika dapat melihat rongga telinga anda. Cara lainnya, meminta bantuan orang lain untuk membersihkan telinga anda. Anda kini boleh membersihkan sambil melihat rongga telinga anda dengan pencungkil telinga pintar Xiaomi Youpin Bebird Note3.

    Pencungkil telinga yang berfungsi seperti endoskop ini dilengkapi visual berdefinisi tinggi di mana anda boleh melihat rongga telinga anda melalui aplikasinya. Visualnya menyokong pemandangan 75°, 6 paksi giroskop dan jarak fokus 14mm.

    Penyepit pada pencungkil telinga ini mempunyai ruang bukaan dan penutupan sehingga 10.2°, boleh mengambil bendasing dalam telinga anda dengan berat sehingga 150g. Terdapat tiga jenis pencungkil tersedia seperti pencungkil klasik; kegunaan biasa, pencungkil istimewa; kegunaan untuk rongga telinga lebih dalam dan pencungkil melengkung untuk kegunaan profesional.

    Pencungkil telinga Xiaomi Youpin Bebird Note3 setakat ini hanya diperkenal di pasaran China dan disenaraikan dengan harga pendanaan 199 Yuan (~RM123). Ia bakal dijual di pasaran pada harga 399 Yuan (~RM247).

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured