More

    Gaston Luga Spläsh: Beg komputer riba premium dan kalis air dari Sweden berharga RM449

    Buat mereka yang sering bergerak ke pelbagai tempat untuk melakukan tugasan kerja, pastinya memerlukan beg yang bermutu tinggi untuk membawa komputer riba dan gajet-gajet mereka. Beg Gaston Luga Spläsh bukan sekadar beg eksklusif untuk meletakkan komputer riba anda, ia dilengkapi pelbagai poket yang mudah diakses untuk meletakkan barang-barang anda serta tahan air dan salji.

    Luaran beg yang dibuat di Sweden ini dibuat daripada bahan premium yang mudah dibersihkan dan bukan datang daripada kulit haiwan. Ruang beg yang seluas 12 liter sesuai untuk menempatkan komputer riba bersaiz 11 hingga 13 inci manakala penutupnya pula boleh digulung dan disematkan dengan empat tali cangkuk.

    Gaston Luga Spläsh terdiri daripada enam pilihan warna untuk dipadankan dengan gaya anda iaitu hitam, hitam-koko, hijau-hitam, kelabu-hitam, putih-hitam dan kuning-hitam. Pelanggan yang berminat untuk membeli beg komputer riba eksklusif ini boleh membelinya di laman Lazada Gaston Luga Malaysia pada harga RM449.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan beg premium ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...