More

    Jauhi ‘handphone’ anda dari 3 tempat ini

    TELEFON bimbit sudah jadi salah satu keperluan dan boleh dikatakan hampir 24 jam berdamping dengan pemiliknya setiap hari. Menurut Pengarah Kaji Selidik Alam Sekitar dan Toksikologi di Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat, Devra Lee Davis, radiasi alat elektronik khususnya gajet mampu menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan.

    Justeru, adalah lebih baik gajet kesayangan anda ini diletakkan di tempat yang sesuai supaya tidak menyesal suatu hari nanti kerana berlaku perkara tidak diingini.

    Berikut 3 tempat yang perlu dielakkan untuk menyimpan atau meletakkan telefon anda!

    1. Bawah bantal

    Terlalu ramai yang suka meletakkan telefon mereka di bawah bantal. Alasannya supaya dapat mendengar bunyi penggera pada waktu pagi. Namun tahukah anda tabiat ini dapat meningkatkan suhu dan sekali gus mendatangkan risiko kebakaran. Selain itu, lampu LED telefon juga mengganggu kualiti tidur anda. Jadi sebelum tidur, letak jauh-jauh telefon dari bantal anda, tidak kiralah semahal mana pun harganya!

    Sumber gambar dari Google

    2. Tandas/bilik mandi

    Bagi mereka yang ‘hobi’nya membelek telefon atau main game ketika membuang air kecil atau besar, sebaiknya hentikanlah amalan ini sekarang. Tabiat ini menyebabkan lebih banyak bakteria menumpang pada skrin dan keseluruhan permukaan telefon. Cuba bayangkan bakteria itu akan hinggap pula di tangan mahupun wajah tampan atau jelita anda selepas keluar dari tandas.

    Jika daya tahan tubuh tidak baik, bakteria ini mampu membahayakan manusia sehingga berlakunya cirit-birit dan penyakit lain.

    "
    "
    Sumber gambar dari Google

    3. Poket seluar

    Selain dua tempat di atas, sebaiknya cuba elakkan diri dari menyimpan telefon anda dalam poket seluar. Ya! Agak sukar. Tetapi, ahli terapi Lilly Friedman berkata radiasi telefon bimbit yang disimpan dalam poket akan meningkat berkali ganda.

    Apatah lagi jika anda menyimpannya dalam keadaan aktif. Jika dilakukan secara berterusan kebiasaan ini akan menyebabkan berlakunya penyakit ketumbuhan serta menurunkan tingkat kesuburan terutamanya kepada kaum lelaki.

    Teruskan bersama kami untuk pelbagai lagi tips berkenaan gajet atau peranti kesayangan anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : mStar

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured