fbpx
More

    vivo X60 dilancar: Telefon pertama dengan Exynos 1080, kamera Zeiss 48MP bermula ~RM2,170

    vivo hari ini telah melancarkan telefon pintar vivo X60 dan vivo X60 Pro di China, iaitu telefon pertama di dunia yang dilengkapi cipset Samsung Exynos 1080. Selain itu, kamera kedua-dua telefon juga telah dibuat bersama syarikat optik terkenal Zeiss untuk prestasi fotografi yang lebih baik.

    vivo turut mengumumkan sebuah lagi varian, vivo X60 Pro+, secara ringkas. Tidak seperti variannya yang lebih rendah, vivo X60 Pro+ akan dilengkapi cipset andalan Snapdragon 888 dan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2021.

    Berikut adalah senarai spesifikasi vivo X60:

    • Skrin AMOLED berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Exynos 1080
    • RAM 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera 48MP dengan optik Zeiss dan sensor Sony IMX598 + kamera potret 13MP + kamera telefoto periskop 8MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pengimbas cap jari dan pengecaman muka
    • Sistem operasi OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11
    • Port USB-C
    • Senarai harga:
      • 8+128GB: 3,498 yuan (~RM2,170)
      • 8+256GB: 3,798 yuan (~RM2,355)
      • 12+256GB: 3,998 yuan (~RM2,480)

    Berikut adalah senarai spesifikasi vivo X60 Pro:

    • Skrin AMOLED berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Exynos 1080
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera 48MP dengan optik Zeiss dan sensor Sony IMX598 + kamera potret 13MP + kamera telefoto periskop 8MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera swafoto 32MP
    • Bateri 4,200mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pengimbas cap jari dan pengecaman muka
    • Sistem operasi OriginOS 1.0 berdasarkan Android 11
    • Port USB-C
    • Dijual pada harga 4,498 yuan (~RM2,790)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP...

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling...

    vivo V30e dilancar di Malaysia: Kamera Sony IMX882 50MP dan Aura Light 3.0 berharga...

    vivo memperkenalkan inovasi terbarunya, vivo V30e di Malaysia hari ini, menjanjikan gabungan reka bentuk berteknologi tinggi dan prestasi terunggul. Reka bentuknya menampilkan...

    Infinix GT 20 Pro rasmi di Malaysia: Dimensity 8200 Ultimate, skrin 144Hz dan LED...

    Infinix melancarkan GT 10 Pro pada Ogos tahun lepas sebagai telefon pintar permainan pertamanya. Hari ini, sebagai pengganti GT 10 Pro, Infinix...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X