More

    Apple dilapor sedang bangunkan dua iPhone boleh lipat, bakal hadir pada 2022

    Telefon boleh lipat masih dianggap sebagai fenomena baharu dalam industri telefon pintar. Ia juga masih berada dalam segmen premium dengan harga yang agak tinggi. Apple terkini dilapor sedang membangunkan dua jenis telefon lipat dan dijangka hadir pada tahun 2022.

    Menurut sumber, Apple sudah mula menguji beberapa rekaan iPhone boleh lipat yang sesuai dengan pasarannya di kilang Foxconn. Dua rekaan mungkin sudah dipilih dan sedang dibangunkan.

    Salah satu daripadanya adalah telefon boleh lipat seperti Samsung Galaxy Z Flip dan satu lagi didakwa dengan rekaan seperti Microsoft Surface Duo. Tambah sumber, Apple masih sedang menilai sama ada ingin melengkapkan peranti boleh lipat dengan skrin OLED atau microLED.

    Terdahulu, beberapa jenama lain turut dilapor bakal mengeluarkan telefon lipat seawal tahun 2021.

    Apa pun, laporan ini bukanlah laporan rasmi dari pihak Apple sendiri. Apakah pendapat anda dengan iPhone boleh lipat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured