More

    Google kini sedang uji fungsi carian video pendek, difokuskan kepada TikTok dan Instagram

    Kandungan video pendek semakin mendapat tempat di kalangan pengguna media sosial, selepas ia dipopularkan oleh aplikasi seperti TikTok, Snapchat dan Instagram Stories. Kini Google dilaporkan sedang menguji fungsi carian carousel yang boleh memberikan video pendek daripada TikTok dan Instagram.

    Fungsi ini akan diperkembangkan daripada ujian awal oleh Google yang memaparkan beberapa video pendek (Short Videos) dalam seksyen Google Discover, termasuklah dari YouTube Stories dan Tangi Quick Videos. Dengan kemas kini baru ini, video dari TikTok dan Instagram akan turut dipaparkan.

    Fungsi baru Google ini menunjukkan bahawa format video pendek kini adalah semakin penting dan Google melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan lebih banyak pengguna dalam perkhidmatannya.

    Contoh Short Videos dalam ruangan Google Discover

    Sebagai contoh, jika pengguna klik pada mana-mana Short Video di dalam ruang Discover, pengguna akan diarahkan ke laman web video tersebut sahaja dan bukannya ke aplikasi yang memaparkan video itu. Ini juga akan membuatkan pengguna lebih cenderung untuk klik kembali ke Google dan bukannya kekal di aplikasi yang berlainan.

    Fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian untuk peranti mudah alih, jadi masih lama lagi sebelum ia diperkenalkan secara rasmi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave EN

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured