More

    Berseorangan di ambang 2021? Biar Google nyanyikan lagu Tahun Baru untuk anda

    Hari ini kita sudah pun berada dalam hari terakhir untuk tahun 2020, sebuah tahun yang penuh liku dan dugaan. Biasanya pada 31 Disember tahun-tahun sebelum ini, kita semua akan membuat persiapan menyambut kedatangan tahun baru dengan melihat bunga api, makan di luar bersama keluarga dan sebagainya.

    Namun pandemik COVID-19 tidak membenarkan kita berbuat demikian dan jika anda keseorangan pada malam ini, Google telah menyediakan lagu khas untuk anda. Jika anda mengatakan kepada Google Assistant dalam peranti anda, “Hey Google, sing the New Year song (nyanyikan lagu Tahun Baru).”

    Sebuah kartun berbentuk bulat akan muncul dan Google akan menyanyikan sebuah lagu dengan suara robotik. Dalam lagu itu, Google mengucapkan selamat tahun baru serta menyatakan Google akan selalu bersama pengguna sewaktu ingin mencari sebarang maklumat.

    Bagaimanakah anda menyambut kedatangan 2021? Kongsi bersama kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured