More

    Nokia masuk pasaran barangan elektrik, kini lancarkan penyaman udara berharga ~RM1,706

    Baru-baru ini, Nokia telah bangkit dengan memberi nafas baru kepada telefon pintar klasiknya, Nokia 6300 4G dan Nokia 8000 4G. Terkini, Nokia mula memasuk industri barangan elektrik dengan melancarkan penyaman udara terbaru.

    Untuk pengetahuan anda, Nokia tidak membina penyaman udara ini sendiri. Penyaman udara berjenama Nokia ini dikilangkan oleh Panasonic di tapak kilang Haryana, India. Menurut sumber, Nokia telah melancarkan lima penyaman udara; tiga daripadanya adalah penyaman udara yang menyokong sambungan WiFi, manakala dua daripadanya adalah penyaman udara biasa.

    Siri penyaman udara Nokia ini dilengkapi fungsi peringatan membersihkan penapis. Pengguna boleh mendapat peringatan ini jika menghubungkan penyaman udara dengan aplikasi melalui telefon pintar. Terdapat juga teknologi pembersihan kendiri yang berupaya menyingkirkan kotoran dalam udara.

    Penyaman udara Nokia dilapor dijual pada harga bermula 30,999 Rupi (~RM1,706) di pasaran India. Kami tidak pasti jika ianya bakal dijual di negara lain termasuk Malaysia.

    Apakah pandangan anda mengenai usaha Nokia dalam industri ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: news.yahoo

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured