More

    Samsung Galaxy S21 mungkin tidak ada ruang kad microSD, masih ada pengecas

    Samsung dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 pada bulan ini. Kini maklumat terbaru tentang telefon tersebut adalah ia mungkin tidak akan mempunyai ruang kad memori microSD untuk membesarkan storan dalaman.

    Sebelum ini, fungsi kad luaran microSD terdapat dalam siri Galaxy S20. Jika maklumat ini benar, Galaxy S21 bakal mengikut trend kebanyakan telefon andalan Android yang tidak memiliki fungsi tersebut kerana microSD biasanya tidak sepantas storan dalaman UFS (universal flash storage).

    Di samping itu, khabar lain turut mengatakan bahawa Samsung akan menyertakan pengecas dalam kotak Galaxy S21 untuk sesetengah negara sahaja. Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Galaxy S21 tidak akan dipasarkan bersama pengecas dan fon telinga di dalam kotaknya, selepas perkara yang sama telah dilakukan oleh iPhone 12 dan Mi 11.

    Adakah anda berminat untuk memiliki Galaxy S21? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured