More

    Gambar peranti didakwa sebagai HUAWEI P50 didedahkan, rekaan modul kamera memanjang

    Berita mengenai siri HUAWEI Mate40 masih hangat diperkatakan, namun HUAWEI kini dilapor sudah mula menghangatkan industri telefon pintar dengan siri HUAWEI P50. Terkini, terdapat pendedahan gambar peranti yang didakwa sebagai HUAWEI P50.

    Melalui gambar ini, anda dapat melihat lima tetapan kamera pada modul kamera utama di belakang peranti. Rekaan modul kamera kali ini berbentuk petak dan memanjang. Terdapat juga logo ikonik LEICA pada modul kamera.

    Panel belakangnya yang dilihat memaparkan logo GEESINS dan enam titik dilapor menjadi simbol kejuruteraan pembinaan peranti HUAWEI.

    Terdahulu, sumber yang lain turut mendedahkan imej rekaan HUAWEI P50 bahagian hadapan dengan skrin melengkung. Sepintas lalu, peranti ini dikatakan bakal hadir dengan Kirin 9000/9000E dan HarmonyOS yang telah dipra-pasang ke dalam peranti.

    Apakah pandangan anda mengenai jangkaan terhadap HUAWEI P50 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured