fbpx
More

    Instagram perkenalkan antara muka baru untuk Stories dalam PC

    Kandungan Instagram Stories boleh dipaparkan dalam pelayar web di komputer, namun antara mukanya (interface) agak aneh dan lebih mirip kepada antara muka untuk penggunaan dalam telefon pintar. Kini Instagram telah menambah baik antara muka Stories untuk PC di mana ia akan dipaparkan dalam satu senarai melintang yang akan memenuhi seluruh skrin komputer.

    Penggunaan asanya masih sama, di mana pengguna hanya perlu klik pada Stories yang ingin dimainkan atau membiarkan ia dimainkan secara automatik. Fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian di mana Instagram menyatakan hanya sejumlah kecil pengguna yang boleh melihat perubahan tersebut. Pada waktu artikel ini diterbit, penulis juga masih belum melihat fungsi ini dalam Instagram di pelayar laman web.

    Pengguna Instagram yang sering melayarinya menggunakan PC pasti akan menghargai perubahan ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X