More

    Celcom umum pelan baru untuk pelajar SPM, STPM! Data berkelajuan tinggi 15GB, RM20 sebulan

    Terkini, Celcom dilihat memaparkan pelan baharu di laman rasminya. Lebih menarik, pelan yang menawarkan data berkelajuan tinggi 15GB pada harga RM20 sebulan ini hanya eksklusif untuk pelajar SPM dan STPM sahaja!

    Menurut Celcom, kempen ini bermula pada hari ini, 6 Januari sehingga 30 April 2021. Kesemua rakyat Malaysia yang dilahirkan pada 2001 hingga 2004 (atau pelajar SPM dan STPM) layak memohon pelan ini. Anda juga perlu mengekalkan talian Celcom aktif sepanjang tempoh kempen ini.

    Untuk mendaftar, anda boleh merujuk di pautan Celcom ini atau berdasarkan langkah-langkah di bawah.

    Pengguna Baru:

    1. Beli Pek Permulaan (Starter Pack) dari Celcom Online Shop, kedai Bluecube atau mana-mana pengedar sah
    2. Aktifkan Pek Permulaan (“Subscription”/Langganan)
    3. Terima SMS dari Celcom berkenaan kempen dalam masa 4 hari bekerja setelah pengaktifan berjaya

    Pengguna Sedia Ada:

    1. Terima/Dimaklumkan mengenai kempen dari Celcom melalui SMS
    2. Log masuk ke aplikasi Celcom Life
    3. Langgan Internet Pass dalam kategori Deals (“Subscription”/Langganan)
    4. Terima SMS dari Celcom untuk langganan berjaya

    Anda boleh layari laman web Celcom rasmi untuk maklumat lanjut. Sebarkan pelan eksklusif ini kepada rakan-rakan anda dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Celcom

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured