More

    Samsung Galaxy A52 5G mohon kelulusan produk di China, pelancaran semakin hampir

    Berita dan spekulasi mengenai spesifikasi Samsung Galaxy A52 5G telah mula tular sejak beberapa minggu yang lalu. Terkini, sumber melaporkan kemunculan Samsung Galaxy A52 5G dalam penyenaraian kelulusan produk di 3C (Compulsory Certification of China).

    Walaupun Samsung masih tidak mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya, namun kemunculan di penyenaraian kelulusan produk menandakan pelancarannya sudah semakin hampir. Penyenaraiannya turut mendedahkan kehadiran pengecas 15W bersama.

    Berkemungkinan, terdapat pasaran yang hanya akan menerima Samsung Galaxy A52 4G. Menurut sumber lepas, varian 4G bakal dijana cipset Snapdragon 720G, manakala varian 5G bakal dijana cipset Snapdragon 750G. Ia juga mungkin dilengkapi skrin AMOLED 6.5 inci FHD+ dengan sensor cap jari di bawah skrin, bersama tetapan kamera utama kuad.

    Selain pengganti kepada Samsung Galaxy A51, terdapat juga produk baru lain yang bakal menyusul seperti Samsung Galaxy A32 5G dan Samsung Galaxy A72 5G.

    Nantikan tarikh pelancaran rasminya pada hari yang akan datang melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: Gizmochina

    Gambar dari VOICE

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured