fbpx
More

    Butiran iQOO 7 tertiris: Cipset Snapdragon 888, cas pantas 120W, mungkin berharga ~RM2,063

    iQOO bakal melancarkan telefon andalan mereka, iQOO 7 di China pada 11 Januari ini. Beberapa hari sebelum tarikh pelancaran, hampir semua spesifikasi telefon andalan iQOO 7 sudah tertiris di dalam talian.

    Sumber dalam talian menunjukkan bahawa iQOO 7 ini bakal dilengkapi cipset Snapdragon 888 bersama RAM LPRDDR5 dengan storan UFS 3.1. Untuk skrin pula, ia akan menggunakan paparan dari E3. Sebelum ini, iQOO 7 dikhabarkan akan hadir dengan skrin 6.56 inci AMOLED FHD+ bersama ciri kadar segar semula 120Hz.

    Selain dari itu, iQOO 7 juga bakal hadir dengan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Sama seperti iQOO 5 Pro sebelum ini, pengecasan pantas 120W ini akan mengecas penuh iQOO 7 dalam masa 15 minit sahaja.

    Tambahan lagi, peranti itu juga akan hadir dengan pembesar suara stereo serta motor dwi-linear dan getaran 3D. iQOO 7 mempunyai ketebalan 8.7mm dan berat 209g.

    Untuk kamera pula, iQOO 7 dijangka akan mempunyai tiga kamera dengan kamera utama 48MP Sony IMX598. Selain dari kamera utamanya, ia juga dikhabarkan akan mempunyai kamera ultra lebar 13MP dan kamera portrait 13MP.

    Mengikut sumber, peranti iQOO 7 akan dijual pada tanda harga serendah 3,299 Yuan (~RM2,063).

    Nantikan berita lanjut mengenai pelancaran telefon siri iQOO 7 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Pengguna Android dan iOS boleh akses ChatGPT tanpa akaun selepas muat turun

    ChatGPT, bot sembang daripada OpenAI telah mengubah dengan ketara cara orang mencari dan melihat enjin carian dengan menyediakan pembantu digital di hujung...

    JPJ beri amaran sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi untuk mengenal pasti syarikat dan individu yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu...

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X