More

    SKMM nasihati netizen agar jaga etika media sosial sepanjang Darurat

    Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan semua netizen untuk sentiasa berhati-hati dengan setiap jenis kandungan yang dimuat naik ke dalam media sosial.

    SKMM akan terus memantau media sosial jika terdapat sebarang penyebaran maklumat tidak sahih atau kenyataan jelik berkaitan Raja-raja Melayu, perkauman serta keagaamaan (Royalty, Religion, Race).

    Sebarang kesalahan boleh tertakluk bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana pesalah boleh dikenakan denda RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya.

    Orang ramai boleh memeriksa kesahihan berita laman web Sebenarnya.my. SKMM juga akan membuka saluran kepada netizen yang ingin membuat laporan berkaitan kesalahan di atas, di mana laporan boleh dibuat melalui WhatsApp di 016-220-6262 atau [email protected].

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured