More

    Apple patenkan ‘casing’ iPhone yang boleh bawa dan cas AirPods

    Paten ialah dokumen rekaan atau teknologi tertentu yang hadir sebelum tahap pembinaan awal. Berkemungkinan, sesebuah paten bakal dihasilkan menjadi produk, mungkin juga tidak. Apple kini dilihat mempatenkan rekaan kerangka (casing) iPhone yang boleh membawa dan mengecas AirPods.

    Paten ini bertajuk “Case for Carrying and Charging Accessories” yang ditemui melalui US Patent and Trademark Office. Menurut sumber, walaupun paten bertajuk dan menyifatkan ia sebagai kerangka untuk membawa dan mengecas “aksesori”, tetapi aksesori Apple yang dilihat di sini hanyalah AirPods.

    Terdapat kehadiran bateri di dalam lapisan kerangka tersebut yang berupaya untuk mengecas aksesori seperti bekas pengecas (charging case) AirPods. Kerangkan iPhone ini juga boleh dihubungkan dengan peranti atau aksesori dengan menggunakan NFC.

    Anda boleh menyemak berita lepas mengenai Apple termasuklah jangkaan iPhone 13.

    Apakah pandangan anda jika kerangka iPhone ini benar-benar dihasilkan? Komen pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured