More

    ASUS mengacah telefon gaming ROG Phone 4 di dalam talian, hadir dengan bezel nipis

    Beberapa hari yang lalu, telefon gaming terbaru Xiaomi, Black Shark 4 telah diacah dengan markah tertinggi AnTuTu untuk cipset Snapdragon 888. Kini, tiba masanya untuk ASUS pula mengacah telefon gaming terbarunya, ASUS ROG Phone 4.

    Terbaru, di media sosial Weibo, sebuah gambar ASUS ROG Phone 4 ini telah muncul. Berdasarkan gambar tersebut, ASUS ROG Phone 4 ini bakal dilengkapi skrin dengan bezel yang sangat nipis.

    Selain dari itu, ASUS juga dilihat akan kekalkan telefon gaming mereka yang berbentuk petak dengan lengkungan di bucunya.

    ASUS dijangka akan mengacah lebih banyak gambar mengenai ROG Phone 4 ini dalam masa yang mendatang.

    Adalah anda menantikan telefon gaming terbaru dari ASUS ini? Berikan komen di Facebook dan terus kekla bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama Malaysia.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured