fbpx
More

    ASUS lancarkan komputer riba baru dalam siri TUF, ZenBook, VivoBook, ChromeBook dan ExpertBook

    ASUS telah memperkenalkan beberapa lagi komputer riba gaming dan komputer riba produktiviti dalam acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2021 dan kali ini mereka telah memperkenalkan produk baru dalam siri TUF.

    Antara produk yang diumumkan adalah komputer riba gaming TUF Dash F15, komputer ultra-nipis (19.9mm) dengan skrin 15 inci 240Hz serta dilengkapi CPU lapan teras 11th Gen Intel Core i7-11375H dan GPU GeForce RTX 3070. Selain mempunyai spesifikasi gaming tercanggih, komputer ini turut mempunyai pengiktirafan tentera MIL-STD-810H untuk memastikan bahawa ia mampu menahan sebarang impak atau getaran dari luar.

    Siri ZenBook pula terdiri daripada ZenBook Pro Duo 15 OLED dan ZenBook Duo 14. ZenBook Pro Duo 15 OLED dilengkapi skrin kedua berukuran 9.5 inci dengan resolus 4K yang mendampingi skrin utama 4K OLED HDR untuk tugas-tugas produktiviti. Ia dilengkapi cipset Intel Core i9, unit GPU NVIDIA GeForce RTX 3070, RAM DDR4 32GB dan storan 1TB PCIe 3.0 x 4 SSD.

    ZenBook Duo 14 turut dilengkapi skrin kedua dan dilengkapi GPU NVIDIA GeForce MX450. Kedua-dua komputer akan disertakan bersama batang stilus untuk digunakan pada skrinnya.

    VivoBook S14 menampilkan rekaan 14 inci yang ringan pada 1.3 kg sahaja serta dilengkapi pemproses Intel Core i7 generasi ke-11, GPU Iris Xe, RAM 16GB dan SSD 1TB PCIe. Ia dilengkapi teknologi ASUS Intelligent Performance Technology untuk memberikan peningkatan prestasi sebanyak 40% sambil memastikan hayat bateri yang lebih panjang.

    ExpertBook B9 pula adalah komputer riba perniagaan 14 inci yang teringan di dunia, dengan berat 880g sahaja. Model ini mempunyai bateri 33Wh manakala varian 1,005g pula mempunyai bateri 66Wh. Untuk memberi prestasi pantas, ExpertBook B9 dilengkapi pemproses Intel Core i7 generasi ke-11, SSD 2TB dan grafik Intel Iris Xe.

    Ia turut mempunyai kamera inframerah dan sensor pengesanan jarak untuk pengimbasan muka yang lebih pantas. Daripada segi luaran, badannya mempunyai pengiktirafan MIL-STD-810H untuk menahan sebarang impak dan penggunaan kasar.

    Chromebook CX9 dan Chromebook Flip CX5 pula menampilkan rekaan ringan dan minimalis untuk pengguna yang mengutamakan penggunaan awanan (cloud services). Chromebook CX9 dilengkapi skrin FHD 14 inci manakala Chromebook FLip CX5 pula mempunyai skrin 15.6 inci. Kedua-dua komputer dilengkapi pemproses Intel Core generasi ke-11 dengan GPU Intel Iris Xe dan sokongan WiFi 6.

    ASUS Malaysia akan mengumumkan keberadaan produk-produk di atas dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR MagicBook X 16 – Berbaloi jika anda peminat skrin besar!

    Dalam pasaran komputer riba segmen pertengahan yang sesak, mungkin sukar untuk mencari peranti yang menawarkan keseimbangan ciri, prestasi dan nilai yang menarik....

    OPPO A60 dilancar di Malaysia: Snapdragon 680, RAM 8GB dan kamera 50MP bermula RM699

    OPPO Malaysia memperkenalkan tambahan baharu kepada telefon pintar siri A iaitu OPPO A60 yang menawarkan reka bentuk premium dan tahan lama yang...

    Kad Visa TNG eWallet tawarkan ‘markup’ 0% untuk transaksi luar negara

    Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) menawarkan pilihan pembayaran rentas sempadan yang lancar untuk pengembara, membolehkan mereka menggunakan sama ada pembayaran QR...

    Acer Chromebook Plus 514 dilancar: Intel Core i3-N305 & skrin FHD 14″ berharga ~RM1,671

    Acer telah melancarkan Acer Chromebook Plus 514, tambahan kepada barisan Chromebook Plus yang menekankan prestasi, mudah alih dan ketahanan. Dengan paparan FHD...

    MSI Claw berikan diskaun RM250 sehingga akhir Mei 2024 dengan pemacu BIOS dan GPU...

    MSI mengumumkan peningkatan ketara dalam prestasi permainan tangannya, Claw dengan pemacu BIOS dan GPU baharu. Claw kini memberikan peningkatan sehingga 150% dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X