More

    realme Watch S Pro bakal hadir di Malaysia 21 Januari ini! Skrin AOD, bateri 14 hari

    Sementara menunggu ketibaan peranti realme yang mungkin sudah dilancar di negara lain, tetapi bukan di Malaysia, realme kini bakal mengumumkan realme Watch S Pro terlebih dahulu untuk pasaran Malaysia.

    Menurut siaran rasmi dari realme Malaysia, sebuah siaran langsung akan diadakan untuk melancarkan realme Watch S Pro pada 21 Januari 2021, jam 12 tengah hari di laman Facebook realme Malaysia.

    Berdasarkan berita pelancarannya di pasaran India, realme Watch S Pro dikuasai oleh pemproses ARM Cortex-M4 dan memiliki skrin sentuh AMOLED 1.39 Always-On-Display beresolusi 454 x 454 piksel dan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari.

    Adakah anda berminat dengan realme Watch S Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme Malaysia

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...